Desmond Ng

Desmond Ng

Desmond Ng merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perfileman dan Kewangan dari Universiti Melbourne pada tahun 1995 sebelum menghadiri kursus pembikinan filem di New York pada tahun 1998. Sekembalinya ke Kuala Lumpur, beliau mula bekerja dalam industri pengiklanan dan telah berkembang menjadi salah seorang pengarah rancangan TV komersial paling dikenali ramai di Malaysia. Namanya boleh didapati di lebih daripada 100 TV Komersial hanya dalam tempoh tujuh tahun. Hasil kerja beliau seperti iklan Maxis, Digi, Celcom, Sony, Coke, Gudang Garam dan Philip Morris telah memenangi banyak anugerah ‘Komersial Terbaik’ dan ‘Pengarah Terbaik’di anugerah industri pengiklanan seperti di Anugerah Kancil (Malaysia), Anugerah Adoi (Indonesia) dan Anugerah Citrapariwara (Indonesia). Menetap antara Jakarta dan Kuala Lumpur, Desmond membuat filem pendek apabila berkelapangan. Filem beliau juga telah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Singapura dan Festival Filem Antarabangsa Jakarta. Kini beliau sedang menulis filem pertama beliau.

Ekstra

Kongsi

Beritahu orang lain!