Senarai Pengarah

Liew Seng Tat

Liew Seng Tat

Liew Seng Tat dilahirkan di Jinjang. Beliau muncul sebagai pembikin filem yang mempunyai ciri komedi yang unik sebaik tamat pelajaran beliau dari Universiti Multimedia di mana beliau major dalam Animasi 3D. Filem pendek pertama beliau ‘Bread Skin With Strawberry Jam’ memenangi hadiah utama di Anugerah Video Malaysia yang ke-8 pada tahun 2003. Filem pendek beliau yang kedua ‘Not Cool’ memenangi anugerah yang sama pada tahun seterusnnya. Filem pertama beliau ‘Flower In My Pocket’, 2007 telah memenangi pelbagai anugerah dan hadiah di pelbagai festival filem termasuk di Busan, Rotterdam, Fribourg dan Pesaro. Berbekalkan unsur keanak-anakan yang memaparkan kebenaran yang hakiki daripada kisah yang ringkas, Seng Tat dikenali antara pembikin filem berbakat yang cerah masa depannya di Malaysia. Beliau kini mengusahakan filem keduanya – ‘In What City Does It Live?’ – sebuah skrip yang dituliskan ketika beliau menjadi penduduk jemputan pembikin filem di Cinefondation Cannes Residency di Perancis pada tahun 2008/9.

Ekstra

Kongsi

Beritahu orang lain!

Linus Chung

Linus Chung

Linus Chung membuat sendiri filem dengan merakam adegan menggunakan kamera video yang murah dan melengkapkan hasil rakamannya menggunakan perakam video milik keluarganya. Kini beliau menjadikan hobi beliau sebagai sumber rezeki dan kerja yang menyokong hasrat beliau dalam pembikin filem idamannya adalah mengarah dan menghasilkan iklan TV komersial dan video korporat. Baru-baru ini beliau membuat filem bertajuk ‘A Note of Love’ yang dibiayai oleh Nokia. Filem tersebut tetap mencapai kejayaan walaupun berada dalam keadaan yang terhad ditayangkan di Malaysia. Selepas itu, beliau menghasilkan sebuah dokumentari bertajuk ‘Mother’ yang cukup menyentuh jiwa yang disiarkan di TV ASTRO. Hasil kerja beliau yang agak terkenal setakat ini adalah filem pendek animasi bertajuk ‘Demolition Frog’ yang telah ditayangkan di lebih 11 festival filem di seluruh dunia. Selain membuat filem, Linus juga menulis artikel tentang pembikinan filem dan pawagam untuk majalah seperti Vida, Newmann, Cinema Online dan Tell. Beliau juga merupakan pengecat seni halus dan pengukir terlatih.

Ekstra

Kongsi

Beritahu orang lain!

Amir Muhammad

Amir Muhammad

Amir Muhammad telah menulis dan mengarah filem digital pertama beliau xpada tahun 2000 dan seterusnya menjadi antara pengamal pembikin filem bebas yang paling kontroversi di negara ini. Tidak seperti pembikin filem yang seangkatan dengannya, kebanyakan filem beliau adalah fiksyen-bebas dan memaparkan dengan jelas isu sosio politik yang dihadapi oleh semua bangsa Malaysia. Filem beliau telah ditayangkan di pelbagai festival filem termasuk Festival Filem Sundance yang berprestij dan Festival Filem Antarabangsa Berlin. Dua daripada filem beliau – ‘Apa Khabar Orang Kampung’ dan ‘The Last Communist’- telah di larang untuk tayangan di Malaysia kerana kekontroversiannya. Tayangan penuh hasil kerja beliau ini telah dilayarkan di Festival Filem Pesaro, Itali pada tahun 2008. Amir juga merupakan penulis kolum termasyhur dalam pelbagai penerbitan termasuk The Malay Mail dan Off The Edge. Akhir-akhir ini beliau telah memulakan syarikat penerbitan beliau sendiri, Matahari Books dan telah menerbitkan koleksi ungkapan ahli politik yang bersifat menyindir bertajuk ‘Malaysian Politicians Say The Darnest Things’ terhadap pernyataan yang kritikal dan popular.

Ekstra

Kongsi

Tolong edarkan berita ini!

Yasmin Ahmad

Yasmin Ahmad

Yasmin Ahmad meninggal dunia pada 25 Julai 2009 pada usia 51 tahun.

Yasmin adalah pembikin filem antarabangsa yang dikenali ramai. Iklan-iklan TV beliau memenangi pelbagai anugerah di serata dunia. Filem-filem utama beliau pernah ditayangkan dan bertanding di festival filem antarabangsa seperti San Francisco, Berlin, Hong Kong, Singapore, dan Busan. Pada tahun 2006, Tokyo International Film Festival meraikan beliau dengan menayangkan kesemua filem utama beliau dalam satu program istimewa sorotan kembali. Filem utama beliau yang melonjakkan namanya – ‘Sepet’ – menjadi satu filem sepanjang masa di pawagam-pawagam Malaysia apabila ditayangkan pada tahun 2004. Dengan berkisarkan tema cinta segar sepanjang masa yang mendepani masalah toleransi agama dan perkauman, filem-filem Yasmin kadang-kala mengundang kontroversi dan selalu mencabar pemikiran namun tetap indah dan penuh rasa. Disenangi ramai kerana personaliti yang menawan dan juga visi kemanusiaan beliau tentang Malaysia, seluruh negara telah meratapi pemergiaan beliau. Beliau akan dirindui oleh berjuta-juta rakyat Malaysia.

‘Chocolate’ adalah filem terakhir beliau.

Ekstra

Kongsi

Tolong edarkan berita ini!

Ho Yuhang

Ho Yuhang

Ho Yuhang dilahirkan dan dibesarkan di Petaling Jaya. Beliau merupakan lepasan ijazah sarjana muda Kejuruteraan dari Universiti Iowa sebelum memilih kerjaya dalam pembikinan filem. Filem pertama beliau bertajuk ‘Min’ telah memenangi Hadiah Juri Khas ketika di Festival Des 3 Continents di Nantes, Perancis dan menempatkan beliau sebagai salah seorang pembikin filem muda paling berbakat yang semakin menyerlah di Asia kebelakangan ini. Filem pendek berikutnya yang dihasilkan beliau telah memenagi lebih banyak anugerah, termasuk Anugerah NETPAC dan Anugerah Tiger untuk Filem Pendek Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam. Seterusnya, filem ketiga beliau yang termasyur setakat ini –‘Rain Dogs’- yang merupakan filem pertama terbitan rakyat Malaysia dicalonkan di Festival Filem Antarabangsa Venice pada tahun 2006. Yuhang adalah pemenang dalam program kesenian mentor Martin Scorsese yang ditaja oleh Rolex. Filem pembikinan yang keempat bertajuk ‘At The End Of Daybreak’ dijangkakan akan menemui penonton penghujung 2009.

Ekstra

Kongsi

Tolong edarkan berita ini!



Creative Commons License

Sponsored by P1

Cupid Blogger