FAQ

  1. APA ITU 15MALAYSIA?

    15Malaysia adalah satu projek filem pendek. Ia terdiri daripada 15 filem pendek tentang Malaysia yang diarahkan oleh direktor-direktor filem termuda di Malaysia. Masa julat setiap filem adalah kira-kira 5 hingga 7 minit.

  2. FILEM-FILEM INI TENTANG APA?

    Kesemua filem kami terselit dengan isu-isu sosio-politik semasa. Pelbagai isu seperti isu rasuah, hubungan kaum, inflasi, perbankan Islam, ketakpedulian sosial, etika komersial, fidofilia, amaran kesihatan kerajaan dan lain-lain boleh didapati dalam projek ini. Ada yang lucu ,ada yang serius – kesemuanya berkisar tentang kehidupan harian yang dihadapi rakyat Malaysia. Setiap pembikin filem bertanggungjawab untuk memilih isu-isu yang diingini

  3. SIAPA PELAKON DALAM FILEM-FILEM INI?

    Pelakon-pelakon kami terdiri daripada gabungan pelakon, ahli muzik dan ahli politik seperti Khairy Jamaluddin, Nik Aziz, Liow Tiong Lai, Tian Chua dan Zaid Ibrahim. Kesemuanya dijemput berdasarkan kesanggupan mereka untuk berlakon dan kesesuaian watak. Sayangnya Paris Hilton terkeluar daripada senarai pendek kami semenjak awal lagi… 🙂

  4. BAGAIMANA DIREKTOR FILEM DIPILIH?

    Pemilihan direktor filem dibuat berdasarkan hasil kerja sebelum ini. Ada antara mereka dikenali ramai dan ada juga yang kurang dikenali. Ramai di antara mereka telah membanggakan pembikin filem bebas Malaysia dengan menggondol anugerah di festival filem bebas antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pengarah-pengarah tersenarai mungkin bukan antara yang paling popular tetapi mereka adalah antara yang terbaik dalam negara. Biografi dan gambar mereka boleh didapati di laman ini.

  5. KENAPA AHLI POLITIK TURUT SERTA?

    Memandangkan projek kami adalah filem mengenai Malaysia, kami berasa adalah bersesuaian untuk melibatkan wakil dari bidang politik. Ia bermula sebagai satu idea yang luarbiasa, namun kami agak terperanjat dengan kesungguhan dan kerelaan kebanyakan ahli politik yang ditanya untuk turut serta. Mereka semuanya turut serta tanpa cuba membawa mesej politik parti masing-masing atau pun keinginan untuk menapis filem-filem kami. Kami mengekalkan hak tapisan terakhir ke atas semua filem kami.

  6. ADAKAH INI PROJEK POLITIK?

    Memandangkan kesemua filem kami berkisar tentang kehidupan rakyat Malaysia, maka ia tidak dapat lari dari menjadi satu penzahiran kreatif diilhamkan dari suasana politik negara. Namun, 15Malaysia dengan tegasnya tidak bersifat politik dalam konteks politik parti. Kesemua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik melalui situasi-situasi yang ditonjolkan dalam filem-filem kami. Dengan itu, ia merupakan isu setiap warganegara Malaysia yang ada hak dari segi Perlembagaan untuk menyuarakannya dan ia lebih dari kepentingan politik parti.

  7. SIAPA DI BELAKANG PROJEK INI?

    Satu pasukan kecil diketuai Pete Teo menghasilkan 15Malaysia. Inilah pasukan sama yang membawakan anda projek Malaysian Artistes For Unity dalam tahun 2008. Ada satu penulisan ringkas disulami puji-pujian tentang Pete di bahagian ‘Penerbit’ di laman ini. Jemput baca kalau anda suka penulisan begini.

  8. DARI MANA DAPAT DANA UNTUK PEMBIKINAN FILEM-FILEM INI?

    15Malaysia ditaja P1, pembekal akses Internet WiMAX. Sila baca tentang mereka dan filem profail mereka di bahagian ‘Penerbit’ di laman ini. Samada mereka terlalu cool dengan penajaan idea luar biasa ini seperti 15Malaysia, atau Pete Teo telah meniduri dengan ramai orang untuk menjualkan idea beliau. hehe… Mungkin juga kedua-duanya sekali. hahaha…

  9. KENAPA 15?

    Tiada sebab lain selain daripada ia nombor bulat yang cantik. Tak macam 17.43…
    Kami percaya terdapat beratus-ratus pembikin filem yang layak untuk berturut serta dalam projek ini. Cuma kami tak cukup tenaga untuk kendalikan lebih daripada 15 filem pada masa yang sama. Kalau anda rasa geram anda tak dijemput sama dan mahu tunjukkan apa yang kami terlepas dengan tidak menjemput anda, sila jengah bahagian ‘107Malaysia’ di laman ini.

  10. BERAPA RAMAI ORANG TERLIBAT?

    Pengarah, pelakon dan penerbit yang berkuku besi merupakan sebahagian kecil sahaja yang terlibat dalam projek ini. Kalau diambil kira penyunting, tukang bunyi, penerbit sokongan, pereka laman web, coding geeks, penterjemah dan ahli sokongan teknikal, terdapat lebih 100 orang terlibat secara langsung dalam penerbitan 15Malaysia. Projek ini mengambil masa 3 bulan sahaja untuk disiapkan. Mungkin lebih cepat kalau Pete Teo boleh bangun awal pagi. 🙂

  11. MACAM MANA NAK TONTON?

    Untuk menonton filem-filem kami, klik sahaja gambar filem yang anda ingin tonton di bahagian ‘Filem’ di laman ini. Asalkan filem yang anda pilih telah pun ditayangkan, anda akan dibawa ke muka halaman tayangan filem tersebut dan anda boleh menontonnya di situ. Lebih banyak capaian di laman tayangan akan menghubungkan anda dengan biografi pengarah dan laman ‘Di Sebalik Tabir’ filem pilihan anda.

  12. MACAM MANA NAK MUAT TURUN FILEM?

    Kami telah sediakan lingkaran percuma di bawah setiap skrin di muka halaman tayangan filem di laman ini. Fail-fail yang boleh dimuat turun ini adalah dalam format M4V dan terdapat dalam pelbagai resolusi. Sila pilih resolusi yang anda mahukan dan klik lingkaran muat turun tersebut. Tempoh muat turun adalah sekitar lima sehingga berpuluh-puluh minit bergantung kepada resolusi yang anda pilih dan kelajuan hubungan Internet anda. Sila bersabar.

  13. GAGAL SEMASA MUAT TURUN ATAU MUAT TURUN MENGAMBIL MASA TERLAMPAU LAMA!

    Fail muat turun kami adalah agar besar demi memastikan mutu pemaparan filem yang anda tontoni adalah berkualiti tinggi. Namun, kelajuan pelayaran laman web di Malaysia agak rendah – bermakna proses muat turun anda berkemungkinan tergendala atau gagal sesama sekali. Cara penyelesaian yang paling baik adalah dengan menggunakan ‘Pengurus Muat Turun’ untuk mengendalikan muat turun anda – cara ini bukan sahaja lebih cekap dan pantas, malah membenarkan anda untuk bersambung proses muat turun anda sekiranya diganggu oleh perhubungan pelayaran laman web. ‘Pengurus Muat Turun’ yang kami cadangkan untuk Windows adalah Free Download Manager, untuk Mac iGetter.

  14. SAYA TIDAK DAPAT MENONTON FAIL M4V!

    Fail filem kami dikodkan dalam bentuk M4V. M4V adalah jenis fail yang kualitinya bersamaan dengan MP4 yang direkacipta oleh Apple. Pengguna Windows memerlukan Quicktime Player atau iTunes untuk membaca fail-fail filem ini. Sesetengah sistem Windows mungkin dapat membaca fail jenis M4V dengan hanya menukarkan penghujung fail dari ‘M4V’ kepada ‘MP4’. Namun, kami bercadang untuk memuat-turunkan Quicktime untuk memainkan filem kami untuk kualiti yang paling baik.

  15. MACAM MANA SAYA BOLEH BANTU?

    Anda boleh bantu kami dengan menyertai Facebook kami dan komuniti Twitter kami dan dapatkan seberapa banyak orang yang boleh untuk menonton filem kami. Anda juga dijemput untuk muat turun dan muatkan filem-filem kami atau gunakan kain rentang dan penghias skrin kami di laman web atau komputer anda. Kami telah sediakan aplikasi untuk perkongsian di setiap laman tayangan filem kami dan juga di bahagian ‘Barangan’ di laman ini. Sila emel kami kalau anda boleh bantu kami dengan cara-cara yang lain. Emel kami ada di bahagian bawah setiap muka halaman ini.

  16. MACAM MANA NAK SERTAI 15MALAYSIA?

    Anda dijemput untuk menyertai projek 15Malaysia dengan menayangkan filem pendek Malaysia anda di laman ini. Apa jua peralatan boleh digunakan. Anda boleh guna filem 35mm atau telefon bimbit anda sahaja. Orang yang baik hati di RUUMZ mungkin akan hadiahkan anda lagi. Arahan penyertaan terdapat di bahagian ‘107Malaysia’ di laman ini. Lekas merujuk kepadanya!

  17. MACAM MANA SAYA NAK JUMPA 15MALAYSIA?

    Sila sertai laman Facebook kami untuk memperolehi maklumat lanjutan seperti seminar, bengkel, sesi kenal mesra atau aktiviti lain bersamaaan dengan penerbit, pelakon dan pengarah di masa hadapan.



Creative Commons License

Sponsored by P1

Cupid Blogger