Penerbit

Pete Teo

Penerbit Projek

Pete Teo

Pete Teo merupakan seorang penggubah lagu dan penyanyi di Malaysia yang telah memenangi pelbagai anugerah. Beliau sering memberi persembahan di seluruh wilayah Asia Barat dan karya kerja beliau pernah disiarkan oleh BBC world service, the National Public Radio [USA], Canadian Broadcasting Corporation, KBS[South Korea] dan NHK [Jepun]. Pete juga menjadi rebutan ramai setelah memegang watak dalam filem yang dikenali oleh seluruh dunia sebagai produksi filem ‘Malaysian New Wave’. Filem-filem yang melibatkan beliau bukan sahaja sering diajak untuk bertanding malah kerap memenangi anugerah atau dilayarkan di festival filem antarabangsa yang bernama termasuk festival filem di Venice, Cannes, Tokyo, Rotterdam, Busan, Marrakech, Toronto, Hong Kong dan Nantes. Pada tahun 2008, beliau menerbit dan menghasilkan sebuah video musik anti-perkauman bertajuk “Malaysian Artistes For Unity” yang menjadi satu fenomena budaya kebangsaan yang amat popular. Barisan pelakon projek secara sukarelaan (pro-bono) ini melibatkan lebih daripada 52 orang rakyat Malaysia yang terkemuka dan telah didengari dan ditonton oleh 10 juta rakyat Malaysia. Pete yang terkenal dengan profesionalismanya yang bersungguh-sungguh dan kebolehan untuk menghasilkan karya yang berkualiti tinggi ini telah berjaya menghasilkan dua musik skor filem, menerbitkan sebuah album soundtrack yang laris, berlakon dalam dua buah filem, membina studio rakaman peribadi yang baru dan menerbitkan projek 15Malaysia kesemuanya dalam tempoh enam bulan pada tahun 2009. Beliau sedang membuat persiapan untuk album terbarunya.

Packet One Networks

Penerbit Eksekutif

Packet One Networks (P1) adalah syarikat telekomunikasi WiMAX yang utama di Malaysia. Ia merupakan syarikat yang pertama dalam pembangunan skala besar teknologi komunikasi WiMAX di Asia Tenggara dan juga syarikat komersial pertama dalam mengusahakan jaringan antara 802.16e 2.3GHz WiMAX di luar Korea Selatan. Syarikat ini berjaya memenangi anugerah ‘Syarikat Teknologi Swasta Paling Inovatif’ oleh Red Herring Asia pada tahun 2008.

P1 percaya dalam usaha memupuk pemikiran kreatif baru adalah penting dalam hasrat membangunkan Malaysia yang lebih progresif dan inovatif. Maka P1 dengan besar hatinya menajakan projek 15Malaysia di bawah program tanggungjawab sosial korporat yang dikenali sebagai ‘P1 Filmmakers Showcase’. Projek ini adalah sebahagian daripada senarai projek yang berada di dalam program inisiatif untuk memupuk seni tempatan dan memberi penghargaan kepada para seniman tempatan yang kerap disokong oleh P1.

Syarikat subsidiari P1 iaitu RUUMZ juga merupakan platform dalam talian rasmi untuk 15Malaysia. RUUMZ adalah platform jaringan sosial dalam talian Malaysia yang tersendiri dan ahli-ahlinya dapat bersantai, mendengar muzik, menonton filem, bermain games, berbual dan menjadi sebahagian dari komuniti siber yang segar. Sertailah sekarang!



Creative Commons License

Sponsored by P1

Cupid Blogger