Senarai Pengarah

Suleiman Brothers

Suleiman Brothers

Jordan dan Mussadique Suleiman merupakan rakan kongsi yang kreatif dan merupakan pakar dalam bidang lukisan tangan animasi, 3D dan 2D gerakan grafik, penggabungan video juga pemprosesan imej. Sedang Mussadique seorang geek perisian kod dan sains, Jordan pula mempelajari grafik komputer dan artis animasi secara sendirian yang mempunyai imaginasi yang tajam lagi hebat. Syarikat produksi mereka – Studio Voxel – bertanggungjawab dalam pelbagai hasil kerja korporat, komersial dan seni – hasil kerja paling diketahui ramai adalah video musik untuk artis Pete Teo bertajuk ‘Arms Of Marianne’ dan ‘Lost In America’ yang memenangi Anugerah AIM. Kemahiran Musaddique dan Jordan dalam aspek teknikal produksi CGI, digabungkan dengan kefahaman mereka dalam simbolisme dan semiotik, menjadikan hasil kerja mereka kaya dengan visual yang berimiginasi dan corak pencerita yang bermakna. Penguasaan mereka dalam ‘open source’ dan pengubahsuaian perisian membolehkan mereka untuk sering menghasilkan kerja yang berkualiti dengan bajet yang ditetapkan. Mereka kini sedang mengusahakan sebuah filem animasi.

Ekstra

Kongsi

Tolong edarkan berita ini!

Nam Ron

Nam Ron

Nam Ron dilahirkan di Perlis dan merupakan graduan Akademi Seni Kebangsaan. Beliau pernah bekerjasama dengan pengarah seperti Yasmin Ahmad, Dain Said, Adman Salleh, James Lee, Tan Chui Mui, Woo Ming Jin dan Amir Muhammad, beliau juga merupakan salah seorang pelakon teater dan filem Malaysia kini yang mempunyai pakej yang lengkap. Bakat berlakon beliau telah meletakkan beliau antara pelakon yang dicari-cari dikalangan generasinya, beliau juga sangat bercita-cita besar dalam pembikinan filem. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan beberapa filem pendek, telefilem dan satu filem digital yang dibiaya sendiri bertajuk ‘Gadoh’. Kecenderungan Nam Ron yang kaya dalam pemvisualan simbol dan keprihatinan dalam politik sosial menjadikan beliau antara suara pembikin filem baru yang paling menarik di Malaysia. Kini, selain berlakon dalam beberapa filem komersial dan indie yang diterajui oleh antara pengarah terbaik negara, beliau kini sedang menulis filem kedua beliau yang dijangkan bermula produksinya pada 2010.

Ekstra

Kongsi

Tolong edarkan berita ini!

Khairil Bahar

Khairil Bahar

Khairil Bahar telah berpengalaman dalam pembikinan banyak filem pendek berbajet rendah sebelum membuat filem pertama beliau – ‘Ciplak’ – untuk bajet yang sangat rendah sebanyak RM 10,000. Dengan bajet yang sederhana ini, filem tersebut telah ditayangkan oleh Golden Screen Cinemas dengan sambutan yang baik dan memenangi Anugerah Filem Alternatif Terbaik di Anugerah Skrin 2006. Sejak itu beliau menulis dan mengarah banyak episode rancangan TV seperti ‘Ampang Medikal’, ‘Ghost’ dan ‘Dark City’ juga membuat beberapa video musik untuk kumpulan band indie seperti Y2K, One Buck Short, Dragon Red, Azizi dan Soft Touch. Kini Khairil dalam fasa terakhir dalam pengesiapan filem kedua beliau ‘London Calling’. Barisan pelakon termasuk Justin Chan, Chermaine Poo, Melissa Maureen Rizal dan juga dirinya sendiri. Ketika beliau tidak menulis dan mengarah filem atau drama TV, beliau boleh didapati samada membikin filem, berlakon dalam filem, bekerja sebagai pelakon aksi, menulis untuk majalah atau bermain gitar untuk kumpulan rock beliau ‘ Rollin Sixers’.

Ekstra

Kongsi

Tolong edarkan berita ini!

Johan John

Johan John

Sebelum memilih kerjaya sebagai pembikin filem, Johan bekerja sebagai jurutera audio dipelbagai studio rakaman dan pub di Kuala Lumpur. Beliau memulakan pembuatan filem pada tahun 2006, selepas menamatkan pengajian di Akademi Filem Malaysia dan bekerja sendiri sebagai pereka bunyi dan penyuntingilem ‘offlne’. Filem rakaman pertama beliau ‘Tajuk Cerita’ telah diterbitkan dan merupakan filem tumpuan lalu dicalonkan untuk Filem Alternative Terbaik di Anugerah Skrin 2006. Kecenderungan Johan untuk memaparkan kisah berunsurkan kekusutan dan keintiman yang tabo dalam corak pemfileman beliau akhirnya berjaya mendapatkan kerja-kerja lain sebagai pengarah dalam pelbagai komersial TV, program 8TV, cerekarama Astro Ria dan dokumentari untuk Astro Crime & Investigation Network. Beliau menulis dan mengarahkan filem pertama beliau ‘Andai’ pada tahun 2007 dan kini dalam pembikinan filem keduanya yang bertajuk ‘Cahaya’. Barisan pelakon filem tersebut termasuk Khir Rahman dan Elaine Daly dan dijangka akan diterbitkan penghujung 2009.

Ekstra

Kongsi

Tolong edarkan berita ini!

Benji & Bahir

Benji Lim & Bahir Yeusuff

Benji Lim dan Bahir Yeusuff merupakan pengarah muda / pasukan produksi yang sedang menempah nama. Sejak penubuhan Syarikat Produksi ‘Perantauan Pictures’ dengan kerjasama Arivind Abraham mereka pada tahun 2004, mereka telah membuat pelbagai program TV dan filem – termasuk filem yang penting ‘S’kali’ – yang telah diterbitkan secara eksklusif oleh Cathay Cineplax pada tahun 2006. Pasukan ini telah menyiapkan dua buah filem selepas kerjayaan tersebut – ‘5.13’ dan ‘The Joshua Tapes’ – kedua-duanya dijangkan akan diterbitkan pada tahun 2010. Secara individu, Bahir telah menghasilkan beberapa projek filem sejak beliau di kolej dan kini meneruskannya secara professional, manakala Benji telah merakam, menulis dan mengarah banyak filem sejak menghadiri Program Filem Media Elektronik di Universiti Towson Maryland. – ini termasuklah hasil kerja pencalonan dokumentari di Festival Media Towson, ‘Shook!’ dan siri pengiklanan pengedar Internet untuk Tiger Beer yang berjaya. Mereka berkawan sejak di sekolah menengah.

Ekstra

Kongsi

Tolong edarkan berita ini!

James Lee

James Lee

James Lee merupakan salah seorang perintis pembikin filem digital di Malaysia. Beliau yang pernah menerbit, mengarah dan menjadi cinematografer kepada 35 buah filem dalam tempoh sembilan tahun sahaja ini merupakan antara pembikin filem Malaysia yang paling kuat bekerja. Terkenal dengan cara kesenian beliau yang amat tersendiri, filem digital beliau sering kali ditayangkan di festival filem serantau sejak kebelakangan ini. Hasil kerja beliau yang terkenal setakat ini bertajuk ‘My Beautiful Washing Machine’ yang telah memenangi Anugerah Filem Asia Terbaik pada 2005. Filem komersial pertama beliau bertajuk ‘Hysteria’ mendapat sambutan hangat di Malaysia pada 2009. Filem digital terbaru beliau bertajuk ‘Call If You Need Me’ memenangi Pingat Perak dalam kategori filem digital di Festival Filem Antarabangsa Hong Kong 2009. Beliau mengarah drama apabila tidak membuat filem. Beliau kini sedang mengusahakan filem aksi-ngeri untuk untuk terbitan komersial yang dijangka ditayangkan pada tahun 2010.

Ekstra

Kongsi

Tolong edarkan berita ini!

Woo Ming Jin

Woo Ming Jin

Woo Ming Jin mendapat biasiswa Universiti San Diego untuk menuntut pembikinan televisyen dan filem. Sejak beliau pulang ke Malaysia pada 1999, beliau telah banyak bekerja dalam rancangan televisyen, TV komersial, filem pendek dan filem. Kemunculan filem pertama beliau ‘Monday Morning Glory’ telah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa San Francisco pada 2005 dan beliau telah dijemput ke Festival Filem Antarabangsa Pusan, Festival Filem Antarabangsa Tokyo, Festival Filem Antarabangsa Berlin dan Festival Filem Antabangsa Lonarco pada tahun yang sama. Beliau telah digelar oleh majalah Variety sebagai “bijak, suara baru dalam pawagam Asia Timur ” setelah beliau menerbitkan filem kedua yang bertajuk ‘The Elephant and The Sea’ pada tahun 2007. Filem tersebut telah memenangi pelbagai Anugerah di festival filem antarabangsa dan telah dilayarkan di lebih daripada 30 festival filem di seluruh dunia. Ming Jin kini dalam penerbitan filem ketiga beliau yang akan diterbitkan tidak lama lagi bertajuk ‘Woman On Fire Looks For Water’.

Ekstra

Kongsi

Tolong edarkan berita ini!

Tan Chui Mui

Tan Chui Mui

Tan Chui Mui adalah graduan University Multimedia dengan Ijazah sarjana Muda Multimedia Animasi dan Filem pada 2002. Sejak itu, beliau telah dikenali sebagai pembikin filem muda yang paling diperhatikan dalam tayangan festival filem antarabangsa. Filem pendek beliau telah memenangi pelbagai hadiah dan anugerah di Festival Eropah dan filem pertama beliau ‘Love Conquers All’ memenagi pelbagai anugerah pengarah baru di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam, dan juga di Festival Filem Antarabangsa Busan pada tahun 2006. Selain mengarahkan filem beliau, Chui Mui juga menerbitkan filem lain oleh pembikin filem bebas Malaysia seperti James Lee, Amir Muhammad dan Liew Seng Tat. Ciri Hasil kerja beliau dipengaruhi oleh perasaan tersendiri beliau terhadap kampong halaman beliau dan cara beliau dibesarkan. Beliau amat berminat dalam mengisahkan topik-topik mengenai penebusan dan perkembangan peribadi. KIni beliau dalam usaha menerbitkan filem keduanya ‘The Year Without A Summer’. Ia akan dirakamkan dalam Bahasa Melayu dan berlokasi di Negeri Pahang.

Ekstra

Kongsi

Tolong edarkan berita ini!

Kamal Sabran

Kamal Sabran

Kamal Sabran adalah seorang artis, pereka dan penyelidik. Hasil kerja beliau adalah hasil pencantuman antara seni, sains dan teknologi. Lukisan, seni video, filem pendek dan seni bunyi beliau telah dijemput untuk pameran di ruang seni dan festival tempatan mahupun di Indonesia dan Singapura. Dalam pencarian beliau untuk meluahkan jiwa keseniannya, Kamal sentiasa mencari peluang untuk bekerjasama dengan artis, penyajak, jurugambar, pereka, ahli musik, pembikin filem, penyelidik dan saintis. Kebolehan beliau untuk merekakan suasana masa dan ruang berlipat dan bertindih dengan penggunaan teknologi media yang baru membolehkan beliau memenangi ‘Anugerah Artis Media Baru Terbaik’ dari Galeri Seni Kebangsaan Malaysia pada tahun 2004 juga ‘Anugerah Artis Media Baru ASEAN’ dari Galeri Seni Kebangsaan Indonesia pada tahun 2007. Beliau merupakan ‘Artist-In-Residence’ di Agensi Angkasa Kebangsaan Malaysia pada tahun 2005. Selain bekerja dalam bidang seni media kontemporari, Kamal juga menghasilkan video musik yang memenangi anugerah bersamaan dengan artis seperti Pete Teo dan Alleycats. Kini beliau berada di Ipoh.

Ekstra

Kongsi

Tolong edarkan berita ini!

Desmond Ng

Desmond Ng

Desmond Ng merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perfileman dan Kewangan dari Universiti Melbourne pada tahun 1995 sebelum menghadiri kursus pembikinan filem di New York pada tahun 1998. Sekembalinya ke Kuala Lumpur, beliau mula bekerja dalam industri pengiklanan dan telah berkembang menjadi salah seorang pengarah rancangan TV komersial paling dikenali ramai di Malaysia. Namanya boleh didapati di lebih daripada 100 TV Komersial hanya dalam tempoh tujuh tahun. Hasil kerja beliau seperti iklan Maxis, Digi, Celcom, Sony, Coke, Gudang Garam dan Philip Morris telah memenangi banyak anugerah ‘Komersial Terbaik’ dan ‘Pengarah Terbaik’di anugerah industri pengiklanan seperti di Anugerah Kancil (Malaysia), Anugerah Adoi (Indonesia) dan Anugerah Citrapariwara (Indonesia). Menetap antara Jakarta dan Kuala Lumpur, Desmond membuat filem pendek apabila berkelapangan. Filem beliau juga telah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Singapura dan Festival Filem Antarabangsa Jakarta. Kini beliau sedang menulis filem pertama beliau.

Ekstra

Kongsi

Beritahu orang lain!



Creative Commons License

Sponsored by P1

Cupid Blogger